Qari, qariah Malaysia juara Tilawah al-Quran Antarabangsa ke-65

Qari, qariah Malaysia juara Tilawah al-Quran Antarabangsa ke-65
10 August 2025 08:40:20
ALHIJRAH

Qari, qariah Malaysia juara Tilawah al-Quran Antarabangsa ke-65

KUALA LUMPUR: Malaysia mencipta kejayaan gemilang dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-65 apabila qari dan qariah negara dinobatkan sebagai juara dalam kategori masing-masing malam tadi.

Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan mencipta kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai johan kategori qari selepas meraih markah 97.01 peratus mengatasi peserta Indonesia Ahmad Azroi Hasibuan (95.13 peratus) serta wakil Turkiye, Muhammed Yahya Yildizhan (93.88 peratus), yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Bagi kategori qariah, Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi mengharumkan nama negara apabila mencatat markah sebanyak 95.88 peratus bagi mengatasi peserta Maghribi, Fatima Zahra Assafar (89.38 peratus) dan wakil Indonesia, Nur Rahmiyatin Adhya (87.59 peratus).

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis penutup yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Turut hadir, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Imam Masjid Nabawi, Madinah Sheikh Dr Salah Muhammad Al-Budair.

Bagi kategori hafazan lelaki, Usamah Barghouth dari Jerman muncul juara dengan markah 98.25 peratus diikuti Mohammad Abdullah Masasati dari Syria (98.01 peratus) dan tempat ketiga, Mohammad Jamil Farhat dari India (97.25 peratus).

Peserta Syria, Tasneem Arian Omar pula muncul johan bagi kategori hafazan wanita dengan markah 97.5 peratus diikuti Putri Auni Khadijah dari Malaysia di tempat kedua (96.75 peratus) dan ketiga ialah Najway Ali Zaydan Alkourbu dari Libya (95.51 peratus).

Johan bagi kategori Tilawah Al-Quran dan Hafazan Al-Quran membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 berserta barangan kemas tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), hadiah iringan dan sijil penghargaan.

Bertemakan 'Membangun Ummah MADANI', MTHQA ke-65 yang berlangsung dari 2 hingga 9 Ogos menghimpunkan 71 peserta dari 49 negara. – BERNAMA

Kongsi Halaman Ini

Info Terkini

11 September 2026 10:02:23

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN DAN PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA

YBhg. Tan Sri/Dato'/Datin/Tuan Haji/Puan Hajah,

NOTIS MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN DAN PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA (AJK) SURAU AL-HIJRAH KOTA WARISAN BAGI SESI...

Baca Lagi
11 September 2026 09:40:40

HEBAHAN PENDAFTARAN AHLI KARIAH

Ahli kariah perlu mendaftar secara atas talian atau online seperti di bawah. Tiada bayaran dikenakan. lAYARI : https://www.myalhijraonline.com/ekariah/

...

Baca Lagi
16 August 2026 09:14:33

MINI KARNIVAL MAULIDURRASUL 1448H SURAU AL-HIJRAH KOTA WARISAN

MINI KARNIVAL MAULIDURRASUL 1448H SURAU AL-HIJRAH KOTA WARISAN akan diadakan pada Sabtu 22 Ogos 2026 hingga Rabu, 26 Ogos 2026. Ayuh beramai-ramai hadir dan sertai program yang dianjurkan Surau...

Baca Lagi

Senarai Berita