Admin
JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN DAN PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA
YBhg. Tan Sri/Dato'/Datin/Tuan Haji/Puan Hajah,
NOTIS MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN DAN PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA (AJK) SURAU AL-HIJRAH KOTA WARISAN BAGI SESI 2027-2031
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Khas Pencalonan dan Pemilihan AJK Surau Al-Hijrah Kota Warisan bagi Sesi 2027-2031 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 25 September 2026 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Solat, Surau Al-Hijrah, Kota Warisan
3. Sehubungan itu, semua ahli kariah berdaftar Surau Al-Hijrah dijemput hadir bagi melaksanakan tanggungjawab dalam proses pencalonan dan pemilihan AJK Sesi 2027-2031.
4. Kerjasama dan kehadiran semua ahli kariah amat dihargai bagi memastikan mesyuarat dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.
Sekian, terima kasih.