MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 1447H SURAU AL-HIJRAH KOTA WARISAN

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 1447H SURAU AL-HIJRAH KOTA WARISAN
11 May 2026 09:29:44
Admin

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 1447H SURAU AL-HIJRAH KOTA WARISAN

Surau Al-Hijrah Kota Warisan telah selesai mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri 1447H pada 17 April 2026 bersamaan 28 Syawal 1447H, bertempat di Dewan Terbuka Surau Al-Hijrah Kota Warisan selepas Solat Maghrib.

Program ini telah berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan baik daripada jemaah kariah serta penduduk setempat. Antara pengisian majlis adalah Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi meraikan kejayaan anak-anak kariah, serta Doa Selamat Meraikan Jemaah Haji.

Majlis turut diserikan dengan jamuan pelbagai menu termasuk kambing golek serta cabutan bertuah kepada para hadirin. Program ini diadakan bagi mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat kebersamaan dan merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

Pihak Surau Al-Hijrah Kota Warisan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jemaah, penduduk, penyumbang dan petugas yang telah menjayakan majlis ini.

Kongsi Halaman Ini

Info Terkini

16 August 2026 09:14:33

MINI KARNIVAL MAULIDURRASUL 1448H SURAU AL-HIJRAH KOTA WARISAN

MINI KARNIVAL MAULIDURRASUL 1448H SURAU AL-HIJRAH KOTA WARISAN akan diadakan pada Sabtu 22 Ogos 2026 hingga Rabu, 26 Ogos 2026. Ayuh beramai-ramai hadir dan sertai program yang dianjurkan Surau...

Baca Lagi
11 May 2026 09:29:44

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 1447H SURAU AL-HIJRAH KOTA WARISAN

Surau Al-Hijrah Kota Warisan telah selesai mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri 1447H pada Baca Lagi

11 May 2026 09:29:09

MAJLIS KONVOKESYEN KE-8 INTELLIGENT QURANIC COURSE (IQC) SURAU AL-HIJRAH KOTA WARISAN

Sejarah tercipta IQC Al-Hijrah Kota Warisan melengkapkan kalender bagi sesi 2025/2026,...

Baca Lagi

Ikuti Kami

© 2026 SURAU AL-HIJRAH KOTA WARISAN