SURAU AL-HIJRAH KOTA WARISAN SEPANG

Hanyasanya yg layak memakmurkan rumah-rumah Allah itu adalah orang-orang yang beriman kpd Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kpd Allah, maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk

Infaq

“Sedekah itu menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR Tirmizi, No. 614)

Infaq QR Code

Latarbelakang

Surau Al-Hijrah Kota Warisan telah diluluskan pendaftaran dengan Jabatan Agama Islam Selangor pada 14hb Januari, 2003 dengan No Pendaftaran: JAL.SEL BPM/01/040/41. Surau bermula di tingkat bawah Apartment, kemudiannya berpindah menumpang surau Sekolah Kebangsaan Kota Warisan dan seterusnya pada tahun 2005 membina bangunan surau sendiri dari sumbangan penduduk Kota Warisan dan Zakat Selangor sebanyak RM50,000.00. Kos pembinaannya ialah RM300,000.00 dengan luas binaan 5,000 kaki persegi. Pada tahun 2010, pembinaan bangunan tmbahan baru telah dimulakan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan Mac/April 2012 dengan melibatkan kos pembinaan tambahan RM1.15 juta dengan keluasan binaan 19,000 kaki persegi akan menyediakan ruang dewan solat, bilik kuliah/ tuisyen pelajar, bilik seminar, perpustakaan, dewan serbaguna, bilik pengurusan jenazah, bilik dapur dan bilik tetamu musafir.


 

 

Visi

Menjadi Surau Jumaat yang unggul sebagai pusat ibadah, ilmu, dan perpaduan ummah di Kota Warisan.

Misi

1. Memakmurkan surau dengan ibadah yang berasaskan amalan Ahli Sunah Wal Jumaah, beradab dan menepati syariat.
2. Menyediakan ruang pembelajaran Islam yang berterusan untuk semua lapisan masyarakat.
3. Menggerakkan aktiviti kebajikan, dakwah dan pembangunan ummah secara mampan.
4. Mewujudkan suasana harmoni, mesra jemaah dan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat.
5. Menjadi surau contoh dalam pengurusan yang telus, cekap dan berintegriti.

Moto

Berilmu, Beramal dan Berkebajikan

Aktiviti

Senarai aktiviti sepanjang bulan

Video

KOLEKSI VIDEO AKTIVITI DAN KULIAH DI SURAU AL-HIJRAH

KULIAH MAGHRIB: KITAB MUNYATUL MUSOLLI

USTAZ ZAIFULLAH JAAFAR SHIDEQ KULIAH MAGHRIB: KITAB MUNYATUL MUSOLLI jumaat / 02.01.2026

Program terakhir bagi tahun 2025 Lajnah Khairat Kematian Surau Al Hijrah Kota Warisan

Lawatan Mahabbah Lajnah Khairat Surau Al-Hijrah Kota Warisan ke Masjid Jamek Ar Rahimah KKB 7 Disember 2025 (Ahad)

FORUM PERDANA 2015

Forum Perdana - Surau Al Hijrah Kota Warisan - Ustaz Dr. Riduan Mohd Nor - Ustaz Farhan Suhut

KULIAH SUBUH 2018

The Fajr Lecture at Surau Al Hijrah Kota Warisan Sepang was delivered by Sheikh Nuruddin Al Banjari

KURSUS HAJI

Hajj courses held periodically for prospective pilgrims from the Surau Al-Hijrah Kota Warisan congregation

PROGRAM BERKHATAN

Mass circumcision program among children of Surau Al-Hijrah Kota Warisan parish

Info Terkini

08 January 2026 10:21:28

PELAWAAN INFAQ IHYA’ RAMADAN 1447H/2026H

PELAWAAN INFAQ IHYA’ RAMADAN 1447H/2026H
Surau Al Hijrah, Kota Warisan

Assalamualaikum wbt.

Jawatankuasa...

Baca Lagi
06 November 2025 12:02:00

REGISTRATION FOR 2026 INTAKE : “INTELLIGENT QURANIC COURSE (IQC)” at Surau Al-Hijrah Kota Warisan

CERTIFIED TALAQQI AL-QURAN PROGRAM
“INTELLIGENT QURANIC COURSE...

Baca Lagi
06 November 2025 09:34:42

Mesyuarat Agung Tahunan Surau Al-Hijrah

Pembentangan Laporan Tahunan 2024

Ahli Kariah Dijemput Hadir

...

Baca Lagi

Soal Jawab

Jawapan kepada soalan yang paling kerap ditanya berkaitan perkhidmatan, ciri-ciri, dan polisi kami.

Hubungi Kami

Kemukakan pertanyaan, komen atau maklumbalas.

Maklumat Perhubungan

Alamat

Lot 7721, Persiaran Warisan 1/6, Kota Warisan, BBST, 43900 Sepang, Selangor

Telefon

0192658840