SURAU AL-HIJRAH KOTA WARISAN SEPANG

Hanyasanya yg layak memakmurkan rumah-rumah Allah itu adalah orang-orang yang beriman kpd Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kpd Allah, maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk

Infaq

“Sedekah itu menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR Tirmizi, No. 614)

Infaq QR Code

Latarbelakang

Surau Al-Hijrah Kota Warisan telah diluluskan pendaftaran dengan Jabatan Agama Islam Selangor pada 14hb Januari, 2003 dengan No Pendaftaran: JAL.SEL BPM/01/040/41. Surau bermula di tingkat bawah Apartment, kemudiannya berpindah menumpang surau Sekolah Kebangsaan Kota Warisan dan seterusnya pada tahun 2005 membina bangunan surau sendiri dari sumbangan penduduk Kota Warisan dan Zakat Selangor sebanyak RM50,000.00. Kos pembinaannya ialah RM300,000.00 dengan luas binaan 5,000 kaki persegi. Pada tahun 2010, pembinaan bangunan tmbahan baru telah dimulakan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan Mac/April 2012 dengan melibatkan kos pembinaan tambahan RM1.15 juta dengan keluasan binaan 19,000 kaki persegi akan menyediakan ruang dewan solat, bilik kuliah/ tuisyen pelajar, bilik seminar, perpustakaan, dewan serbaguna, bilik pengurusan jenazah, bilik dapur dan bilik tetamu musafir.


 

 

Visi

Menjadikan Surau Al-Hijrah Kota Warisan sebagai pusat kegiatan ummah menjelang 2016 dalam membangun keimanan, ketaqwaan dan beramal berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Misi

1. Mewujudkan persekitaran Surau yang bersih dan ceria.
2. Menjadikan Surau sebagai tempat membangun keperibadian dan jati diri ummah yang berasaskan Aqidah, Syariah dan Akhlak Islamiyah melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.
3. Menjadikan Surau sebagai pusat ibadat, perkembangan ilmu dan perpaduan ummah.
4. Mengurus dan mentadbir dengan amanah, telus dan berintegriti.

Moto

Berilmu, Beramal dan Berkebajikan

Aktiviti

Senarai aktiviti sepanjang bulan

Video

KOLEKSI VIDEO AKTIVITI DAN KULIAH DI SURAU AL-HIJRAH

FORUM PERDANA 2015

Forum Perdana - Surau Al Hijrah Kota Warisan - Ustaz Dr. Riduan Mohd Nor - Ustaz Farhan Suhut

KULIAH SUBUH 2018

Kuliah Subuh di Surau Al Hijrah Kota Warisan Sepang disampaikan oleh Syeikh Nuruddin Al Banjari

KURSUS HAJI

Kursus haji yang diadakan secara berkala kepada bakal jemaah haji dari kariah Surau Al-Hijrah Kota Warisan

PROGRAM BERKHATAN

Program berkhatan beramai-ramai di kalangan anak-anak kariah Surau Al-Hijrah Kota Warisan

Info Terkini

06 October 2025 11:45:59

Kuliah Bulanan - Munyatul Musolli - Ust Zaifullah Jaafar Shideq

KULIAH BULANAN SURAU AL HIJRAH KOTA WARISAN

  • UST ZAIFULLAH JAAFAR SHIDEQ 
  • MUNYATUL MUSOLLI
  • Baca Lagi
06 October 2025 11:45:51

Pendaftaran Ahli Kariah Surau Al-Hijrah Kota Warisan

TATACARA DAFTAR AHLI KARIAH

Ahli Kariah perlu mendaftar secara Online dengan mengimbas QR KOD atau melalui pautan berikut :

Baca Lagi

06 October 2025 11:45:37

Kursus Asas Haji 1447/2026

Kursus Asas Haji akan bermula pada 11 Oktober 2025 - 3 Januari 2026, Setiap Hari Sabtu , 8.30 Pagi - 12.30 tghari di Surau Al-Hijrah Kota Warisan. Kursus Asas Haji akan diadakan secara bersiri...

Baca Lagi

Soal Jawab

Jawapan kepada soalan yang paling kerap ditanya berkaitan perkhidmatan, ciri-ciri, dan polisi kami.

Hubungi Kami

Kemukakan pertanyaan, komen atau maklumbalas.

Maklumat Perhubungan

Alamat

Lot 7721, Persiaran Warisan 1/6, Kota Warisan, BBST, 43900 Sepang, Selangor

Telefon

0192658840