E-KARIAH SURAU ALHIJRAH KOTA WARISAN

Syarat & Polisi

E-DAFTAR KARIAH SURAU AL-HIJRAH
1. TAKRIF
(a)  “Ahli kariah” bermaksud seseorang yang tinggal tetap atau pada kelazimannya bermukim dalam sesuatu kariah surau
(b)  “Ahli kariah berdafar” bermaksud ahli kariah yang telah didaftarkan.
(c) “Daftar Ahli Kariah” bermaksud suatu daftar ahli kariah.
(d) “JAIS” bermaksud Jabatan Agama Islam Selangor;
(e) “Majlis” bermaksud Majlis Agama Islam Selangor;
(f) “PAID” bermaksud Pejabat Agama Islam Daerah. 

2. SYARAT- SYARAT KELAYAKAN AHLI KARIAH BERDAFTAR 
Mana - mana orang yang layak menjadi ahli kariah berdaftar bagi sesuatu masjid dan surau jika memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:
(a)  Warganegara Malaysia;
(b)  Berumur 18 tahun dan keatas;
(c)  Berpegang dan beramal dengan pegangan Ahli Sunah Waljamaah; dan
(d)  Tinggal tetap bermukim atau bermastautin sekurang- kurangnya dalam tempoh empat (4) bulan di dalam sesuatu kariah masjid atau surau yang dia hendak mendaftarkan dirinya sebagai ahli kariah berdaftar.

3. PENETAPAN SEMPADAN KARIAH MASJID
3.1 Sempadan kariah masjid hendaklah ditentukan berdasarkan persempadanan kariah masjid yang dibuat menurut kuasa Majlis.


4. TATACARA PENDAFTARAN AHLI KARIAH
4.1 Ahli kariah perlu mengisi lengkap Borang Pendaftaran
Ahli Kariah secara atas talian mengikut aplikasi ini.
4.2 Borang Pendaftaran Ahli Kariah hendaklah disertakan dengan dokumen berikut:
       (a) Salinan dokumen pengenalan diri ahli kariah.


5. TUJUAN PENDAFTARAN AHLI KARIAH
(a)  Memastikan proses bancian dan pendaftaran ahli kariah dalam Daftar Ahli Kariah dikemas kini bagi memenuhi kehendak Majlis
(b)  Memastikan pendaftaran ahli kariah bagi sesuatu masjid dan surau dilaksanakan secara telus dan teratur.
(c) Menjadi rujukan dalam menentukan status ahli kariah dalam Mesyuarat Agung Khas bagi tujuan pencalonan dan pemilihan mana-mana orang yang menjawat apa-apa jawatan dalam pengurusan sesuatu masjid atau surau atau bagi apa-apa tujuan lain yang berkaitan dengan penentuan ahli kariah bagi sesuatu masjid dan surau.


6. LAIN-LAIN
(a) TIADA BAYARAN
(b) TIDAK PERLU MAKLUMAT KENDERAAN 


Sekian, terima kasih

PENTADBIR